Tema pertandingan untuk dua kategori pertandingan ini ialah:

  1. Pertandingan adalah UMUM dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Penyertaan adalah PERCUMA.
  3. Pertandingan ini akan bermula pada 16 Ogos and berakhir pada 15 October, 2020, jam 11.59pm.
  4. Foto-foto yang diambil mestilah merupakan foto yang terkini (dalam tahun 2020), mempunyai mesej, nilai-nilai dan berunsurkan konsep serta menonjolkan keistimewaan konsep tersebut dan interpretasi para peserta adalah bebas selagi tidak terkeluar dari tema asas.
  5. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak foto untuk setiap kategori yang layak, tetapi hanya satu (1) hadiah sahaja yang boleh dimenangi bagi setiap pesertaan dalam kategori yang sama.
  6. Kesemua foto mestilah diambil di sekitar kawasan Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang.
  7. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital ‘single lens reflex’ (DSLR), jenis “mirrorless” atau telefon bimbit tanpa had kepada aplikasi yang digunakan.
  8. Semua foto pertandingan yang dimuat naik mestilah beresolusi tinggi dalam format JPEG dan tidak kurang daripada 3MB dalam saiz dan resolusi asal untuk setiap kategori yang ditanding.
  9. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.
  10. Suntingan atau ubahsuaian minima seperti pengubahan brightness, cropping, sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.
  11. Semua foto penyertaan akan kekal hak miliknya kepada peserta tetapi kebenaran akan diberi kepada pihak penganjur untuk tujuan bukan komersial seperti promosi dan pameran foto tanpa had masa.